LATEST UPDATE
THIS APP IS NO LONGER IN USE. REDIRECTED TO PRAYERTIME.SG FOR BETTER MAINTENANCE AND INTERFACE. AVAILABLE ON BOTH APPLE AND ANDROID DEVICES.
- 3RD JULY 2016
-----------------------------------------------
“…And If you would count the blessings of Allah you would not be able to count them…” [14:34]
PELAJAR POLY HASIL APLIKASI CARI MUSALA
Pengguna telefon bijak Android boleh muat turun Musolla Mall SG secara percuma
> Juliana Sharmine Riduan
TIDAK tahu di mana boleh menunaikan solat ketika membeli-belah?
Kini, mencari tempat solat menjadi lebih mudah dengan bantuan aplikasi Musolla Mall SG, yang tidak memerlukan Wi-Fi atau sambungan Internet.
Kini, mencari tempat solat menjadi lebih mudah dengan bantuan aplikasi Musolla Mall SG, yang tidak memerlukan Wi-Fi atau sambungan Internet.
Aplikasi itu menyediakan - secara percuma - maklumat mengenai lokasi musala di pusat beli-belah atua tempat berdekatan.
Ia dihasilkan bersama oleh dua pelajar politeknik yang juga lulusan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Cik Nur Syazreema Sazari dan Cik Rufaidah Mohd Kamal.
Mereka melancarkan aplikasi Musolla Mall SG, di bawah nama pena Kalam Apps, bagi pengguna telefon bijak yang menggunakan sistem Android, baru-baru ini.
Selain menyatakan lokasi musala di Singapura, aplikasi tersebut menyediakan maklumat terperinci mengenai aras, kelengkapan solat seperti tandas atau tempat wuduk berdekatan dan jumlah jemaah yang boleh ditampung sesebuah musala.
Cik Nur Syazreema dan Cik Rufaidah, kedua-duanya berumur 20 tahun, melakar rancangan menghasilkan aplikasi tersebut lebih sebulan lalu.
"Kami ingin menghasilkan satu aplikasi yang dapat membantu masyarakat Islam di Singapura," kata Cik Syazreema, pelajar tahun akhir jurusan Perusahaan Bisnes dan Teknologi Maklumat Politeknik Nanyang.
Menurut Cik Rufaidah, pelajar tahun akhir perbankan dan perkhidmatan kewangan Politeknik Singapura, idea menghasilkan aplikasi itu tercetus setelah beliau mengikuti bengkel Android 101 Kelab Mendaki selama tiga hari.
Dalam bengkel intensif itu, beliau belajar mengenai perisian yang perlu digunakan dan kemudian meneroka cara penghasilan aplikasi pelbagai halaman dan fungsi.
Namun, mereka tidak menghasilkan aplikasi tersebut dengan sekelip mata kerana mereka tidak ada kemahiran dalam bidang tersebut.
Untuk menghasilkan senarai musala, mereka bukan sahaja mengumpulkan senarai musala daripada pelbagai laman Internet sahaja, malah menjelajah beberapa tempat serata Singapura untuk mengemas kini senarai tersebut.
"Kami juga melawat tempat-tempat seram semata-mata untuk memastikan adanya musala di sana,'' kata Cik Syazreema sambil tertawa.
Mereka berharap agar sentiasa dapat mengemas kini senarai lokasi musala itu.
Buat masa ini 2,000 pengguna telah memuat turun aplikasi tersebut.
Mereka yang ingin menyumbang kepada senarai musala dalam aplikasi tersebut boleh e-melkan lokasi musala kepada kalamapps@gmail.com.
Mereka merancang mengubah nama aplikasi itu kepada alMusolla SG memandangkan ia bakal menyenaraikan beberapa musala yang terdapat di politeknik dan universiti.
Kalam Apps akan juga berusaha menghasilkan aplikasi tersebut bagi pengguna telefon bijak iPhone.
THANKS JULIANA FOR THE WONDERFUL ARTICLE :D